Tuesday, March 29, 2011

Jika Ku Sudah Tiada..

Assalamualaikum..

Puisi nie hanya rekaan semata2,x ade kene mengene
ngan hal peribadi dekcik,just tuk bekongsi
luahan..



Ini bukan nota bunuh diri,:
cuma terkadang sekarang,
aku sering merasakan akan,
masanya aku memulangkan,
janji,amanah,diri kepada Tuhan,
mungkin tak dapat ditahankan.
Jika memang benar ia,
maka aku tuliskan beberapa,
untuk mereka-mereka yang ingin,
pada wajah-wajah kesayangan,
aku pohonkan kesilapan diampun,
pohonkan maaf pada silap apa pun.
pada yang memegang janji,
turut aku pohonkan maaf,
kerana belum aku terbus khilaf,
janji masih perlu diminta maaf.
pada teman yang kita punya rancang,
mohon kalian sambungkan masa depan.
pada yang aku punya ‘ikatan’,
mohon dilepaskan.
mungkin akan ada yang menangis,
tapi mungkin juga akan ada yang ketawa,
apa pun yang akan mereka buat,
tetap aku pergi bertemu Tuhan,
jadi sabarkan hati kerna itu ketentuan.
Jika ditanya aku,
tentu aku memilih untuk meneruskan,
janji-janji yang masih tak tertunaikan,
tapi aku juga ingin bersama Tuhan.
sudah dua puluh empat,
aku harap masih berbaki puluhan,
untuk aku menempuh jalan,
bersama semua yang aku punya ikatan,
darah,hati dan janji,
kerana itu sangat-sangat membahagiakan.
jangan,
jangan,
jangan ditangiskan,
kerana aku tak ingin itu,
cukup sahaja jika didoakan,
dimudahkan urusan,
aku bertanya jawap dengan Tuhan.
seperti memilih antara bulan dan bintang,
sudah tentu sukar untuk aku pisahkan,
kerna keduanya saling melengkapkan,
saling aku perlukan,
tapi tetap satu akan dilepaskan,
dan satu akan aku lengkapkan.

jika aku sudah tiada,
carikan aku dari tulisan-tulisan,
jika ada faedah untuk diambilkan,
cukup ia membahagiakan,
kerna aku punya bekalan untuk dibawakan,
jika tiada ia kebaikan,
simpanlah untuk kenangan atau sempadan,
menggariskan hari mendatang.
jika aku tiada,
jangan dicari pada nama di atas nisan,
tapi carilah dihati orang yang aku tinggalkan,
jika ketemu aku di sana,
maka aku sungguh berbahagia dimatikan.

2 meluahkan perasaan:

amny said...

dekcik...memang mendalam sungguh maksud..
:)

Dekcik said...

hee..btol 2..=)


ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ALwaYs HapPy Design with love by CikBulat