Saturday, October 8, 2011

Tabahkan Hati Hamba Mu Nie Ya Allah

Assalamualaikum..


Setiap manusia allah akan menguji nye dengan pelbagai dugaan yang x di sangke, kite sebagai hamba allah yang lemah perlu bersabar walau ape pun rintangan dugaan yang allah berikan.. Dekcik sebagai manusia yang lemah redha akan kententuan nye..


Luka itu pedih..menyucuk kalbu dan mendera jiwa.. Hati rasa tersirat kerana kepedihan yang dirasakan...hikmahnya tersirat... Kata-kata bisa menguris orang lain.. bisa menyedihkan orang lain.. Namun, apalah dayaku untuk membuat hati ini bertaut semula.." Sabar itu pengubat jiwa dekcik.. Dekcik bersabar dengan kata-kata walaupun dekcik tahu dekcik x mempunyai kekuatan maksimum..


Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar seorang manusia yg sempurna..bnyak perlu dikorbankan,banyak juga yang ter[aksa dilepaskan..sekali langkah tersadung,rebah menyembah & terasa sakitnye..sekali langkah gagah, tersenyum..bersyukur,bahagia & ceria..tetapi semua itu memerlukan pengorbanan..menunutut kesabaran dan airmata..Selagi prinsip hidup di atas landasan yg betul,usah gusar pada 'anugerah Ilahi'.. anggaplah bila sesekali di duga & di uji, itu hanya sekadar utk mematangkan dan mengajar kita bangun utuk mnjadi sesempurna insan..


ikhlas luahan dari dekcik, dan sesetengah perkataan yang dekcik cari dari sumber..terima kasih singgah blog dekcik..=D




Hanya mampu tersenyum...=D



Friday, September 23, 2011

Bagus ingat mati tapi...


Larangan Meminta-minta Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28) 


sumber.

 Masej  nie tuk seorang sahabat dekcik yang dalam keadaan yang sangat kecewa,dan selalu minta untuk mati,harap dye tabah dan sedar, dan allah dapat memberi petunjuk hidayah kepada dye...amin insyallah...




Sunday, September 11, 2011

Wordless Sunday

Assalamualaikum..


Tepat pada pukul 12.51 pm hujan masih x berhenti lagi pada pagi tadi di alor gajah melaka..
ikotkan hati x nak bangun,ialah cuaca macam nie sedap selubung ngan selimut kain satin,mesti nyenyak
tido sampai x hingat..


Hurm lame gak dekcik x update blog nie, blog peribadi yang mengisahkan suke dan duke..tapi x semua dekcik cerita, hari ahad yang indah nie dengan hujan yang terhenti2 dekcik rase nak jiwang2 lah ckit..hehe..


Bukan jiwang ape,sbnarnye dekcik rindu sangat nak jumpa seseorang nie, hanya allah jew tahu betapa rindu nye dekcik kat  dye..ape lah nasib dah x ade mase nak jumpa..makin hari makin rindu dibuatnyer..huh xpe lah bersabar  jew lah kan..


Jika dye bukan jodoh dekcik kat dunia nie,biarlah di akhirat nanti dekcik jodoh ngan dye kekal di sana..
insyallah..doa kepada yang maha esa xpenah lekang..;)




Walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat, bila kau rindu penjamkan matamu dan rasakan aku,kekuatan cinta kita takkan  pernah rapuh,terhapus ruang dan waktu,percayakan kestiaan ini akan tulus aishiteru :D



ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ALwaYs HapPy Design with love by CikBulat