Wednesday, May 11, 2011

Juvana..



Assalamualaikum..


Sekarang nie dekcik layan cerita drama bersiri lah plak kat tv3 nie..Oleh sebab Zahiril Adzim berlakon dekcik pown tengok la jalan cerita JUVANA boleh tahan lah best nye..Tengok cite nie wat jadi teruja nak tahu kisah seterusnya..Kalau kowng nak tahu cm mane cite dye layan lah setiap hari isnin 9 malam..cite nie best...


Nie sinopsis cerita juvana..


Sinopsis Juvana di TV3

Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.





Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.




Trailer Juvana 



Ok rugi kalau x tengok. best kowt..Ok dah bnyak sangat nie..kang bukan kowng bace pown..hehe..
Anyway  Thanks singgah blog dekcik nie..sudi lah klik nufnang n HB..=D




18 meluahkan perasaan:

unknown said...

kite pon suke layan citer ni! best ! :)

amna said...

tak pernah tengok lagi! tv kt hostel habis terbakaq ~
mesti best kan???~

Morey Factory Outlet said...

Best gilaaa cerita ni ! :O

dear anies said...

lately jarang bnr tgk tv

Jiran ooo jiran

Dekcik said...

ieda> yeke..best lah dtg tgk dekcik x dpt pown..

Dekcik said...

amna> haha..lah yeke..kesian nye..

Dekcik said...

anis> aii lyn gak kew..hehe..

trigyy said...

pelakon dari citer GADUH kan.. kan2x.

Dekcik said...

anies>same lah ..tgk cte nie pown kat youtube,,

Qila Adol said...

suka gak tgk citer ni tapi skrg tak pat cuti ari senin..si tak pat tgk lagi...

Dekcik said...

trigyy> a'ah..dekcik x penah tgk agy cite gaduh 2..

Dekcik said...

mama comel> jgn risau tgk kat youtube mcm dekcik..hehe..

suria lekatlekit said...

dia tu yg pelakon drama bersiri kami tu kan??

nuargto said...

Salam..

Tuan rumah.. Saya berkunjung ke sini utk menjawab soalan yang diajukan kepada saya..

syarat untuk menyertai Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular ni mudah sahaja..

Tapi tak larat saya nak taip panjang lebar dekat blog tuan rumah disebabkan ada beberapa blog lagi yang saya kena lawat untuk memberikan penjelasan kepada mereka..

Jadi untuk meklumat lanjut saya syorkan tuan rumah melawat blog Ben Ashaari untuk mendapatkan maklumat secara jelas tetapi santai di URL berikut:

http://www.benashaari.com/2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html

Saya memohon maaf sebab tidak menghimpunkan kesemua maklumat pertandingan dalam satu entri di blog saya..

Penyertaan setakat ini seramai 175 peserta..

amny said...

cter ni memang best..xpenah miss lagii..eheh

Dekcik said...

THLS> a;ah dye 2 lah..minat kat dye..hehe..

Dekcik said...

anuar> xpe lah dekcik rase x layak lah nak masuk pertandingan 2..bgi peluang kat owg lain..

Dekcik said...

tlls> yup 2 lah owg nye..


ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ALwaYs HapPy Design with love by CikBulat