Tuesday, July 24, 2012

Doa Cinta KepadaNYA...

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.” (Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)



"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu, Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu. (Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”)







Monday, July 16, 2012

Akibat KebOsanan

Assalamualaikum..




Alhamdulilah baru lepas makan nasi kenyang walaupun lauk orang bujang jew. tapi kenyang gak daripada x makan.Hari nie kelas macam biasa tapi belajar benda yang sama..dah 2 minggu kowt,bosan2 sepatutnya belajar benda lain oleh kerana x ade orang nak ajar..belajar lah benda yang sama..


Bila dah x paham ape yang lecturer tu ajar, nie lah akibat nya duk dalam lab pastu curi2 online, jahat kan ambik kesempatan, pastu snap gambar banyak2 sebab dah bosan sangat. Tapi sekurang2 nya dekcik belajar benda baru hari nie,tu sudah memandai, alhamdulilah..




haa...nie lah pic dalam lab, bukan main bosan duduk belakang pastu wat nakal hahaha..tu jew nak kongsi cerita ngan kowng hari nie. Semoga bahagia selalu..See u again..:D

Sunday, June 24, 2012

Hari Pertama Kat Mantin.

Assalamualikum..


Huh..akhirnye dpat gak buat entry nie sambil layan cerita korea..Maklum lah bosan baru hari nie masuk hostel kat mantin,dekat ngan kolej linton.. Dekcik dapat tawaran kursus kat nssdc selama 6 bulan,daripda x buat ape2 kat umah kan lebih baik pegi kursus nie, under kerajaan pun ade gak ilmu ngan pengalaman kan..


Bila masuk jew kawasan nie rase macam takot,cuak pun ada mane x nye pandang kiri, ade orang nagro pandang kanan orang nagro..ngeeriii kowt. Kene hati2 kat sini x boleh nak kuar sesuka hati jew,nanti x pasal2 jew..


ok lah tu jew nak kongsi cerita,kang cakap banyak2 bukan kowng nak bace sangat pown kan..hehe,thanks dtang blog dekcik nie..:D

ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ALwaYs HapPy Design with love by CikBulat